<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2357073515702091952\x26blogName\x3dCik+Lynn\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://lynnrazif.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://lynnrazif.blogspot.com/\x26vt\x3d5252543036622179994', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 photo JOKLI_zps6vu0ogie.png





somewhat personal.
Monday, 6 July 2015 by Cik Lynn

tiada berkat barangkali hari ini. pagi dimula dengan kereta rosak dan muntah kucing. doa doa kucing tu sihat. doa doa baiki kereta tu murah harganya. dek lambat bersihkan muntah kucing, gerak ke kelas pun lambat. tapi biasa nya jalan lengang lepas morning epic hour. segan rasa buat andaian sendiri, jalan tersangat la sesak. sepanjang panjang highway dari tol sampai la 45 minit tersekat. rupanya ada kemalangan berlaku. tengok minyak kereta tinggal sikit, matikan aircond, konon konon nak jimat. tingkap pulak tak boleh bukak luas dek butang punat yang rosak. sepoi sepoi pun jadilah. rezeki ada part parking, alhamdullilah kupon pun cukup sampai ke tengahari. jalan kaki pergi ke kelas, tengok masa lagi 30 minit habis kelas. tak enak pulak rasa nak masuk. duduk la kejap sejukkan badan, dapat aircond dekat bakery, Alhamdulillah. bila duduk duduk baru teringat, kawan nak pinjam acrylic paint. pusing kiri kanan rupanya terlupa bawak, ada dalam kereta. turun balik ke tingkat, jalan jauh ke parking belakang. hujan peluh terus semata nak ambik kaler tu. dah tu, duduk dekat u-plaza ruang santai student dengan kawan tu. kaler punya kaler, rupanya kaler hitam tak ada. terus tak jadi kaler. terasa rugi pulak keluarkan semua peluh tu. tak apa fikir aku tu untuk baki aku tak exercise lama kot. tetengah frust sebab tak ada warna hitam, henfon tetiba bunyi macam kena gong banyak kali. line internet slow, sekali bila ada line, semua bendaalah masuk noti. kena marah dek tak bukak telegram dengan whatsapp sedangkan orang tu nak cepat ke kelas. lari lari anak ke tangga utama nak ambik kad debit dari orang tu. konon nya nak ke account department untuk bayar tempat letak kereta dengan aktifkan id nak tengok result. sampai sampai rupanya macam tin sardin, ramai betul orang. beza nombor aku ke nombor seterusnya 300 orang. hati dah sayu kena marah pagi pagi, tambah pulak dengan semua kisah pagi tadi. kawan ajak ke seksyen 9 nak beli ubat kucing sementara tunggu pukul 2 kelas seterusnya. hati belah bahagi tapi ikut jalan sampai la ke tempat parking. sampai sampai, niat terbantut, nanti tuan debit kad tu menunggu pulak. aku patah balik naik atas ikut tangga besar tu panas panas. terus ke account department balik di tingkat lagi atas. duduk macam selenga sedar sedar pukul 12 dah. sebaik la rezeki nombor giliran tu sempat dipanggil. baru pukul 1230 selepas selesai semua hal di universiti. kendian, gerak balik sebab nak gerak sama sama ke universiti guna satu kereta dengan pemegang kad debit. sebab hari ni balik malam. aku kan rabun taik ayam. dah sampai, aku pun masuk kelas termengah mengah. rupanya kelas 30 minit je, lebih tu hanya bincang sesama kumpulan. habis kelas, gerak ke bakery yang ada aircond tu, duduk situ bertiga dengan kawan sambil buat assignment kaler kaler. alhamdullilah sempat siap. rezeki lagi satu. jadi sumbu jugak lah tunggu sampai la pukul 730 sebab nak berbuka di univeristi. selesai buka, kononya nak pergi makan pizza berlima. dah sampai ke kedai, tapi aku kena patah balik ke universiti. tak kisah lah, janji aku jaga hati orang. sampai sampai je, aku dihujani dengan mesej mesej yang tak enak untuk hati kapas ni. perjalanan balik sampai lah ke pagar rumah sejuk. nak senyum pun tak mampu. balik sampai rumah, kena marah dek mak tak belikan roti. bukak tudung pun belum. tapi faham la kehendak mak nak sediakn makanan untuk anak anak. masuk bilik taruk barang, kena marah dek ayah pulak sebab orang yang menyewa tempat untuk kucing tu tak sabar nak deposit. faham faham la orang berniaga kena ada deposit. mana ada janji atas awan kan ? tak memasal tempias marah percik terus ke aku. sedih sungguh. nak cari sabar kena duduk. duduk punya duduk, disuruh keluar cari kucing sebab dua ekor lagi tak masuk rumah.

dan berakhir disini untuk direnung. aku tahu dalam celah celah marah orang yang dilempar ke aku, seram sejuk sunyi yang aku dengar hari ni, marah dengus aku, penat peluh aku, serba salah aku--

ada rezeki kecil yang terselit. ketawa dan senyum aku sikit sikit hari ni, duit raya 5 rnggit untuk simpan, result 4flat aku, selesai bayar sticker parking, habis kaler assignment, dapat teguk 2 gelas air.

Alhamdullilah, terima kasih ya Allah.



Dan Hai,
Sunday, 28 June 2015 by Cik Lynn


Sengih sengih kejap. Assalamualaikum everyone and Happy fasting weeeeee ! Kemain lama betul tak usik sini, kureng inspiration gitu. Dah kurang inspiration, pemaleh pulak tu, takda modal lagi haaa. Kira macam dah marathon 240 episod jauh drama la senang cerita. Addressing myself (gitchew) as Cik Lynn again here- so much to tell sampai rasa give up. Boleh tak cenggitu.





Akhirnya graduate untuk diploma, Alhamdullilah. Kuis kuis jugak nak pergi konvokesyen sebab kena bayar 300++ dekat msu. Fikir fikir taknak pergi, buat habih duit bapak hang untuk nek pentas ambik gambo je. Ish. Sebagai anak yang comel, semesti nya Cik Lynn berdolak dalih taknak pergi ke konvo. Tapi this two men, ayah and Abdul kipas kipas Cik Lynn suruh pergi. Rasa kesian pun ada sebab kena bayarkan sob sob sob. Allah kasi jalan untuk sambung degree, dapat anugerah pelajar terbaik dan dapat biasiswa untuk sambung belajar ! weeeeeee, duduk berzikir Alhamdullilah banyak kali sampai kering airliur huahuahuahua




In between bulan bulan Cik Lynn invisible, dia pergi food hunting everywhere dan ikut Abdul buat kerja dan jadi driver mak ke Tesco every weekend dan driver untuk ambik si Ain dekat Palam dan buat assignment dan buat projek dan masuk degree dan so on.



So I ended up as a fluffy not-so-cute cubit-able panda with a rabbit tooth. Bunyik dia hamek kau.

My pimples and hormones are still (until now) in a mess state. Tak flawless tak apa, janji happy. That cliché tagline your friends tell….haih. But still, Alhamdullilah, kalau nak compare dengan tahun 2013-2014 memang muka tu macam jalan lopak batu gunung berapi kasar macam kertas pasir koyak. Haaaa ngilu dia hahaha.




So basically how I look dalam tahun 2013-2014. Dari apa yang kau dapat dari orang yang kurang confident adalah ‘tak nak keluar rumah’ ‘pakai apa pun tak cantik’ ‘stress la tengok muka taknak jumpa orang’ dan segerombolan puak beliau. (on what I felt too, sob sob sob T.T) sampai terbakar kulit mak, deknon. haih.



Cleanser-hopping from various Olay products, Safi, Garnier, St Ives, WonderGlow, SNE, traditional bedak sejuk, back to Olay, Clean and Clear, Oxy, Clinelle, various creams and sunblocks, even pharmacy pimple-control punya ubat and the list go on….(sigh) apa yang dapat adalah hakisan kulit sensitive sampai one whole muka jadi merah. From bulan to kacang merah. Ha ha ha ha. Not fanneh, guys.



To be extremely normal, masih ada ruam dan kesan jerawat yang sangattttt banyak, janji. tak flawless, but hey, im still happy with my loved one hihihi




What I learnt sepanjang tempoh muka kawah bulan dan kacang merah, people still give loves to you and attention to you no matter how you look IF you still have your confidence to smile and laugh. People will automatically adore you. Tak pernah ke kau sendiri rasa “walaupun dia tak cantik debom mana, dah lah rendah tambah pulak muka cikebom macam tu, pakai pun baju kurong 39 ringgit tesco punya, dia still, masihhhhh nampak cantik, aura dia wowwww.”

Cantik itu datang dari keyakinan yang kita ada, ladies. Be You. (note to myself too)

Dannnnnnn, I am 21 years old…..(so what about it kan, tetiba..) I scrolled through instagram everyday and I noticed how gegirls nowadays nampak begitu matured in a good way dan cantik. Jelly sungguh ye dak ? How I wish I have their fashion sense sob sob sob. My fashion interest stuck hanya di dalam kepala. Hahahahahhahahahahha. Imaaaagination, remember ? well, at least I have something to begin with. Kalau kau pacak mesin ATM dalam rumah Cik Lynn, semua beres, nyet.


So……yes, masih lagi lost how to blog like I used to. Broken English, I dung keh ! hahahahhahaha this will do kan ?

Selamat berpuasa, everyone hihihi

Labels: , , , ,




Kikis Tulisan I
Tuesday, 10 February 2015 by Cik Lynn

Assalamualaikum, sisters. And braders too.

Kikis tulisan sepi di sini barangkali tidak ayun diri ini jauh mana tapi shiapa tahu;

Shiapa tahu kalau kalau diri ini tiup laju buaian orang orang sekeliling orbit diri ini.
-LynnRazif.

Cacak jari dekat sini bukan senang tau. Bukan main sedap dodoi dunia. Tapi sebelum jauh masuk simpang highway sesat masuk jalan kampung tempuh balik tol lima enam bijik sampai naik asma kad pegang&pergi kau, this image-less post will be a very.....very....tak ada akar. No roots to what I'm actually trying to tell. Hanya secubit galaksi yang semuanya dijentik jauh dari orbit. Haaaaa gitu.

Untuk tulang usang yang aku gigih kejutkan hari hari lihat dunia dengan izin Dia, dengan apa yang Dia hadiahkan aku, aku tahu, aku kena belajar tiap satu benda yang Dia cuba himpitkan.

Bayangkan aku tepi corner dinding dunia, tapi jangan la rupa juon en. Kau baik sikit bayang. Bayang kan eh bayangkan, aku perhati semua dunia keliling aku bergerak ikut nature memasing. Semua dunia as in, mak kau ada dunia dia, adik lelaki kau ada dunia dia, jiran sebelah kau ada dunia dia, kau naik teksi..pakcik teksi tu pun ada dunia dia. Jadi semua itu dunia. Eh lupa, boyfriend kau pun ada dunia dia jugak. Jangan hingat dia dunia kau, kau dunia dia. Cenggitu pulak. Mana blehhhhhh.

So, untuk jadi saksi corner dinding dunia, aku rasa kecik. With so many people around me ada punya laaaa banyak connectionssssss. Connection bukan internet eh. Connection as in sahabats ya hanana ya habibi. Dari kau punya kakak punya kawan tu sebenarnya sepupu sepapat bestfren kau tetiba jadi biras pastu tetiba jadi jiran kau pastu tetiba pulak mak dia kawan sekolah mak kau punya la jauh travel pastu kawen pulak dengan mat salleh pastu dapat omputeh. Pastu omputeh tu pulak sebenarnya crush jiran kanan kau dulu. Hamek kau, terus sinetron endon. Kau paham tak ?

And through all the connections, dunia dunia tersebut penuh dengan kawan kawan rapat. Dia macam yimpang sikek tapi nak bagi tahu yang dorang ada ramai kawan tu je. KAHKAHKAH.

Dan untuk penonton leka penjuru dinding dunia;
Aku punya kawan boleh kira guna soploh jari. Untuk aku si penonton yang kekok dengan dunia dunia lain, kepingin untuk punya kawan baik yang lahirnya sama hati, yang nyanyi nya sama sengau, yang tidur nya sama dengkur soprano. Lagi aku kekok bila berlitup labuh, untuk dekat berkawan dengan kawan lelaki...berapa kali khatam zikir taknak tak tahu la. Rasa ingin itu ada, rasa mahu berkawan ramai itu ada. Macam dunia lain. Barangkali bukan apa yang Dia mahu. Barangkali, untuk aku dilantik sebagai penonton penjuru dunia itu akan lebih melindungi dunia aku dari sebarang sakit jiwa dunia.

Barangkali untuk; hanya simpan aku menjadi dunia bakal suami ku esok lusa.

InsyaaAllah.
Doa yang baik baik selalu ❤️





 photo sadx_zpsal7meqfg.png


currently online