<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2357073515702091952\x26blogName\x3dCik+Lynn\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://lynnrazif.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://lynnrazif.blogspot.com/\x26vt\x3d5252543036622179994', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 photo JOKLI_zps6vu0ogie.png





somewhat personal.
Monday, 6 July 2015 by Cik Lynn

tiada berkat barangkali hari ini. pagi dimula dengan kereta rosak dan muntah kucing. doa doa kucing tu sihat. doa doa baiki kereta tu murah harganya. dek lambat bersihkan muntah kucing, gerak ke kelas pun lambat. tapi biasa nya jalan lengang lepas morning epic hour. segan rasa buat andaian sendiri, jalan tersangat la sesak. sepanjang panjang highway dari tol sampai la 45 minit tersekat. rupanya ada kemalangan berlaku. tengok minyak kereta tinggal sikit, matikan aircond, konon konon nak jimat. tingkap pulak tak boleh bukak luas dek butang punat yang rosak. sepoi sepoi pun jadilah. rezeki ada part parking, alhamdullilah kupon pun cukup sampai ke tengahari. jalan kaki pergi ke kelas, tengok masa lagi 30 minit habis kelas. tak enak pulak rasa nak masuk. duduk la kejap sejukkan badan, dapat aircond dekat bakery, Alhamdulillah. bila duduk duduk baru teringat, kawan nak pinjam acrylic paint. pusing kiri kanan rupanya terlupa bawak, ada dalam kereta. turun balik ke tingkat, jalan jauh ke parking belakang. hujan peluh terus semata nak ambik kaler tu. dah tu, duduk dekat u-plaza ruang santai student dengan kawan tu. kaler punya kaler, rupanya kaler hitam tak ada. terus tak jadi kaler. terasa rugi pulak keluarkan semua peluh tu. tak apa fikir aku tu untuk baki aku tak exercise lama kot. tetengah frust sebab tak ada warna hitam, henfon tetiba bunyi macam kena gong banyak kali. line internet slow, sekali bila ada line, semua bendaalah masuk noti. kena marah dek tak bukak telegram dengan whatsapp sedangkan orang tu nak cepat ke kelas. lari lari anak ke tangga utama nak ambik kad debit dari orang tu. konon nya nak ke account department untuk bayar tempat letak kereta dengan aktifkan id nak tengok result. sampai sampai rupanya macam tin sardin, ramai betul orang. beza nombor aku ke nombor seterusnya 300 orang. hati dah sayu kena marah pagi pagi, tambah pulak dengan semua kisah pagi tadi. kawan ajak ke seksyen 9 nak beli ubat kucing sementara tunggu pukul 2 kelas seterusnya. hati belah bahagi tapi ikut jalan sampai la ke tempat parking. sampai sampai, niat terbantut, nanti tuan debit kad tu menunggu pulak. aku patah balik naik atas ikut tangga besar tu panas panas. terus ke account department balik di tingkat lagi atas. duduk macam selenga sedar sedar pukul 12 dah. sebaik la rezeki nombor giliran tu sempat dipanggil. baru pukul 1230 selepas selesai semua hal di universiti. kendian, gerak balik sebab nak gerak sama sama ke universiti guna satu kereta dengan pemegang kad debit. sebab hari ni balik malam. aku kan rabun taik ayam. dah sampai, aku pun masuk kelas termengah mengah. rupanya kelas 30 minit je, lebih tu hanya bincang sesama kumpulan. habis kelas, gerak ke bakery yang ada aircond tu, duduk situ bertiga dengan kawan sambil buat assignment kaler kaler. alhamdullilah sempat siap. rezeki lagi satu. jadi sumbu jugak lah tunggu sampai la pukul 730 sebab nak berbuka di univeristi. selesai buka, kononya nak pergi makan pizza berlima. dah sampai ke kedai, tapi aku kena patah balik ke universiti. tak kisah lah, janji aku jaga hati orang. sampai sampai je, aku dihujani dengan mesej mesej yang tak enak untuk hati kapas ni. perjalanan balik sampai lah ke pagar rumah sejuk. nak senyum pun tak mampu. balik sampai rumah, kena marah dek mak tak belikan roti. bukak tudung pun belum. tapi faham la kehendak mak nak sediakn makanan untuk anak anak. masuk bilik taruk barang, kena marah dek ayah pulak sebab orang yang menyewa tempat untuk kucing tu tak sabar nak deposit. faham faham la orang berniaga kena ada deposit. mana ada janji atas awan kan ? tak memasal tempias marah percik terus ke aku. sedih sungguh. nak cari sabar kena duduk. duduk punya duduk, disuruh keluar cari kucing sebab dua ekor lagi tak masuk rumah.

dan berakhir disini untuk direnung. aku tahu dalam celah celah marah orang yang dilempar ke aku, seram sejuk sunyi yang aku dengar hari ni, marah dengus aku, penat peluh aku, serba salah aku--

ada rezeki kecil yang terselit. ketawa dan senyum aku sikit sikit hari ni, duit raya 5 rnggit untuk simpan, result 4flat aku, selesai bayar sticker parking, habis kaler assignment, dapat teguk 2 gelas air.

Alhamdullilah, terima kasih ya Allah.





 photo sadx_zpsal7meqfg.png


currently online